Semuanya bermula di sini.... InsyaAllah,semoga segunung kejayaan menanti di penghujungnya. Pengetahuan mengenai teknologi semestinya selari dan seiring dengan kemajuannya, jika tidak kita pasti ketinggalan...
Selasa, 12 Julai 2011
SIPNOSIS PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM MENGAJAR SAINS DI SEKOLAH RENDAH
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains merupakan satu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi setiap murid. Bagi menepati tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik P&P serta latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid perlu diambil kira. Penggunaan perisian pendidikan mula diperkenalkan dalam mata pelajaran Sains. Kebanyakan perisian ini dibekalkan oleh Pusat Pembangunan Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Perisian ini dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bahan ini dibangunkan bukan untuk menggantikan bahan maujud tetapi lebih kepada meringankan tugas guru dan seterusnya menggalakkan guru berinteraksi dengan murid mengikut kemampuan sendiri.Ini kerana penggunaan teknologi di kalangan guru adalah rendah akibat daripada beberapa faktor seperti kekangan masa,guru kurang mahir.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam..ya benar seperti apa yang dikatakan didalam artikel...penguasan guru sain dalam teknologi amat rendah.Selain daripada kekangan masa...sikap guru merupakan faktor penting....
BalasPadamTahniah telah berjaya membina blog yang menarik .
BalasPadamPenggunaan perisian dalam P&P dapat menarik minat murid dalam pelajaran dan secara tidak langsung kaedah ini dapat menyampaikn objektif pengajaran dengan lebih berkesan. Dari segi sikap guru, seseorang guru itu haruslah berfikiran positif, menerima perubahan dan berusaha mempertingkatkatkan diri dalam kemahiran ICT agar dapat mengaplikasikan penggunaan ICT dalam P&P seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.
BalasPadamTahniah. Blog yang menarik
BalasPadamGuru mesti mengambil inisiatif sendiri untuk mendalami ilmu ICT agar dapat menggunakan ICT dlm P&P sebaik mungkin.
BalasPadam