Semuanya bermula di sini.... InsyaAllah,semoga segunung kejayaan menanti di penghujungnya. Pengetahuan mengenai teknologi semestinya selari dan seiring dengan kemajuannya, jika tidak kita pasti ketinggalan...
Selasa, 12 Julai 2011
SIPNOSIS PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM MENGAJAR SAINS DI SEKOLAH RENDAH
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains merupakan satu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi setiap murid. Bagi menepati tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik P&P serta latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid perlu diambil kira. Penggunaan perisian pendidikan mula diperkenalkan dalam mata pelajaran Sains. Kebanyakan perisian ini dibekalkan oleh Pusat Pembangunan Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Perisian ini dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bahan ini dibangunkan bukan untuk menggantikan bahan maujud tetapi lebih kepada meringankan tugas guru dan seterusnya menggalakkan guru berinteraksi dengan murid mengikut kemampuan sendiri.Ini kerana penggunaan teknologi di kalangan guru adalah rendah akibat daripada beberapa faktor seperti kekangan masa,guru kurang mahir.....
Sabtu, 9 Julai 2011
SINOPSIS JURNAL ICT-PENGAJARAN PBBK-BI WEB INTERAKTIF.
Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer(PBBK)@ Computer-Assited Language Learning(CALL) merupakan kaedah pengajaran penggunaan ICT dalam pendidikan.Penggunaan PBBK dalam pengajaran bukan saja menjadikan pelajar itu kreatif,pintar tetapi ia dapat membantu pelajar dalam memperbaiki tahap penguasaan BI mengikut kemampuan masing2. Bagaimanapun , kaedah PBBK ini terdapat pro dan kontra.Ia amat berkesan bagi murid yang pintar .Sebaliknya ia menjadikan masalah bagi guru2 untuk mendidik pelajar lemah di dalam P&P.
Perisian PBBK-BI akan lebih praktikal jika guruBI sendiri yang membangunkan perisian PBBK-BI sesuai dengan perubahan kurikulum .Di samping itu, guru BI dapat memantapkan lagi perisian2 tersebut dari semasa ke semasa selari dengan arus semasa.Pengaturcaraan yang lengkap,kreatif dan sesuai dengan kurikulum pelajaran boleh meningkatkan lagi daya berfikir secara kreatif dan kritikal di kalangan guru BI.Perisian PBBK-BI Web Interaktif dapat meningkatkan kualiti pengajaran di dalam era global ICT tanpa sempadan.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini http://suesuraya71.blogspot.com/2011/06/jurnal-ict-dalam-pengajaran.html

Langgan:
Catatan (Atom)